PENGENALAN
Surau sekolah merupakan syiar
Islam di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan
ibadat solat semata-mata sama ada secara individu atau berjamaah tetapi ia
berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah. Selain menjadi
tempat untuk melaksanakan ibadat wajib dan sunat, surau juga berfungsi sebagai
pusat ilmu bagi memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman yang benar mengenai
agama Islam.
Sehubungan itu, Surau Al-Mawaddah telah mengorak langkah satu pasukan dengan menyusun pelbagai program dan
aktiviti sesuai dengan visi, misi dan matlamat Surau Al-Mawaddah bagi memastikan
pelajar cemerlang dunia dan akhirat. Program-program seperti Program membudayakan
Al-Quran, Solat berjemaah, ceramah, tazkirah, kursus ibadah dan pelbagai lagi
aktiviti keagamaan kebanyakkannya dilaksanakan di surau bagi memakmurkan serta
menghidupkan suasana di surau.
" Berinformasi, Imarah & Istiqamah "

No comments:
Post a Comment