Semenjak tertubuhnya SK Pedas tiada surau
yang khusus. Apabila bangunan 4 tingkat telah dibina maka, pihak sekolah telah menjadikan
pusat sumber sekolah seluas 24 X 30 iaitu 1 kelas yang dikosongkan menjadi
surau bermula 2002 sehingga 2017.
Hasrat untuk mewujudkan surau yang khusus
dan selesa telah lama diimpikan bukan sahaja dari pihak sekolah malahan dari
jawatankuasa PIBG yang terdahulu lagi. Tidak dapat terlaksana disebabkan tiada
Kawasan dan kekurangan bangunan.
Bermula 16 November 2017 pihak Panitia
Pendidikan Islam telah diberi amanah untuk menjadikan dua buah kelas
berkeluasan 24 X 60 kaki persegi di tingkat bawah bangunan C dijadikan surau
baru.
Hasil usaha dari semua pihak menghulurkan
sumbangan secara langsung dan tidak langsung maka pada hari ini tersergam indah Surau Al-Mawaddah bagi
kegunaan semua khususnya murid-murid seramai 689 orang serta kakitangan sekolah.
PROSES MENAIKTARAF MUSOLLA AL-MAWADDAH


























No comments:
Post a Comment